Saturday, November 26, 2011

Salam Maal Hijrah 1433

Assalamualaikum :)
 wahh.. xsangka yea kita dah masuk tahun baru :) sempena tahun baru nie kita akan berhijrah dari keburukan ke arah yg kebaikan ya. AMIN & semoga ALLAH akan merahmati segala2nya. :)   oh yea, sebelum tu mari kita baca doa akhir tahun :
 

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.



Dan kita baca doa awal tahun pulak :




Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.


Ya Allah, sesungguhnya kami redho Engkau menjadi Tuhan kami, Islam menjadi agama kami dan nabi Muhammad menjadi Rasul kami.

Jadikanlah kami orang yang bersyukur diatas segala kurniaMu.

* Marilh kita sama - sama berubah ke arah yg lebih d Rahmati oleh Allah S.W.T <3

Friday, November 25, 2011

25 / 09 / 2011

tak kan aku lupa tarikh keramat nie.. tarikh nie la yg membuat kami sekeluarga terpaksa menerima hakikat bahawa ayah aku telah pergi selama-lama nya.. ya ALLAH dugaan ape yang KAU beri kpd kami.. kami pasrah menerima takdir & suratan mu ya ALLAH.. arwah pergi tanpa tanda-tanda.. pagi  24.09.2011 arwah masih sihat. masih bergelak ketawa. masih boleh bergurau. masih boleh makan semua yg kami sediakan.
malam sebelum arwah meninggal arwah sempat tgk ' hantu bonceng ' heeee... suka dgr arwah gelak.. bahagia sgt.. p xsangka plak tu yg terakhir kami dgr drpd arwah.. pukul 1.30pg tibe2 arwah mengadu sesak nafas & dgt secepat nya kami hantar ke Hospital Besar Kajang.. d dalam kereta aku berdoa supaya arwah akan bertahan.. aku xsggp kehilangan arwah lg.. aku xsempat nak rasa kasih sayang drnya lg.. aku xnak.. tp sesampai nye pintu masuk hospital, arwah tlh pengsan.. ya, org kata masa tu arwah tgh bertarung nyawa dgn MALAIKAT MAUT.. xsampai 20minit arwah d masukkan ke dlm ER , doctor mengesahkan arwah telah meninggal dunia  :'(  dpt je berita tu aku terus peluk mama.. aku tahu mama xkuat nk hadapi nya.. sama jua dgn aku.. kami terus serbu masuk ke dlm ER .. aku seperti hilang ingatan.. aku kejut ayah.. aku suruh ayah bangun.. masa tu aku xredha ayah akn pergi.. hhuuhuhuhhuu.. ok lah.. t aku sambung lg entry nie.. aku nak meraung jap.. <3 yea!

Wednesday, November 23, 2011

kecoh

wahhhh.. kecoh nye dlm class ar!nie.. masing2 sebok ngan tugasan masing2..
nak tahu tugasan mereka???
jengjengjeng.... tugasan mereka ialah :

menjadi ibuibu mengandung & para suami heee :)
aku plak jd tukang rakam yg x bertauliah.. hahaha..
nak tgk @ x kemeriahan nye kite tunggu minggu dpn okeh..
see u next week dude!
^-^

Saturday, November 19, 2011

air mata

adakalanya kita perlu MENANGIS agar kita tahu hidup ini bukan hanya untuk ketawa,
adakalanya kita perlu KETAWA agar kita tahu betapa mahalnya nilai AIR MATA,
berterima kasihlah kepada orang yang MENYAKITI mu kerana dialah yang mengajar kite erti TABAH,
berterima kasihlah kepada orang yang tidak MENGENDAH kan mu kerana dialah insan yang MEMUPUK mu untuk BERDIKARI,
berterima kasihlah kepada orang yang MENJATUHkan mu kerana dialah yang MEMPERHEBATkan mu,
berterima kasihlah kepada orang yang MENYIKSAkan mu kerana dialah yang MENGUJI kesabaran dan ketabahan mu.